Selasa, 12 April 2016

Lipatan Asas : Book Fold dan Cupboard Fold



Book Fold

Book Fold merupakan bentuk origami tradisional dan ia dinamakan Book Fold, kerana bentuk yang dihasilkan seperti buku. Lipatan ini merupakan asas kepada Cupboard Fold. Ia terhasil daripada satu lipatan yang mudah dan ia banyak digunakan dalam model origami yang ringkas.  




Langkah 1 : Ambil sehelai kertas segiempat sama, warna pilihan dibahagian bawah. Buat Valley Fold dibahagian tengah kertas.


  
Langkah 2 : Tekan bahagian lipatan, dan telah siap Book Fold anda.


Cupboard Fold 

Lipatan ini merupakan bentuk origami tradisional yang dihasilkan dari bentuk Book Fold. Ia dinamakan sebegitu kerana hasil yang diperoleh berbentuk seperti, almari dua pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Cupboard Fold banyak digunakan dalam menghasilkan model origami yang ringkas.



 Langkah 1 : Ambil sehelai kertas segiempat sama, kemudian buat Book Fold dan buka semula kertas.



Langkah 2 : Buat Valley Fold pada sebelah kiri kertas dengan menemukan hujung kertas ke garis lipatan tengah, tekan supaya rapat. Ulang cara yang sama pada sebelah kanan pula.


Ini hasil akhir iaitu Cupboard Fold.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan