Jumaat, 4 Mac 2016

Bentuk Asas: Layang-Layang



Layang-layang merupakan antara bentuk asas origami yang penting. Ia mendapat nama dari bentuknya seperti layang-layang. Terhasil dari 3 lipatan yang mudah. Origami ini menjadi asas kepada origami yang lain, seperti arnab.


 

Langkah 1. Sediakan kertas dalam bentuk seperti berlian. Lipat kertas dengan bucu kanan bertemu bucu kiri. Kemudian buka semula.




Langkah 2. Lipat kertas dengan menemukan hujung kanan kertas dan hujung kiri kertas ke garisan tengah.



Langkah 3. Lipat hujung kiri kertas ke bahagian tengah dan asas layang layang sudah siap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan