Jumaat, 18 Mac 2016

Origami Arnab Yang Mudah


rabbit origami


Origami arnab ini amat mudah dibuat dan ia juga kelihatan menarik. Ia menggunakan bentuk asas layang-layang dalam kaedah lipatannya.


 Langkah 1 :Ambil sehelai kertas dan letakkan bahagian berwarna gelap dibahagian bawah.



Langkah 2 : Lipat dua kertas itu samada dari bucu kiri ke bucu kanan, atau bucu kanan ke bucu kiri, kemudian buka kertas tersebut.




Langkah 3 : Lipat kertas dengan menemukan hujung kanan kertas dan hujung kiri kertas ke garisan tengah.




Langkah 4 : Lipat bahagian atas layang-layang ke bawah.



Langkah 5 : Lipat keluar bahagian atas layang-layang tadi dalam 2/3 bahagian. Bahagian yang dilipat keluar ini membentuk ekor arnab.



Langkah 6 : Lipat dua model ini.



Langkah 7 : Pusing model supaya ia dalam kedudukan mendatar. Kemudian gunting 1/3 panjang dan dilipat keluar ke kanan dan kiri model.






Langkah 8 : Bentuk arnab telah kelihatan tetapi ia masih kekurangan mata, dan telinga perlu dibentuk untuk kelihatan seperti arnab sebenar. Lukiskan matanya dan kembangkan telinganya.




Akhirnya siaplah origami arnab...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan