Origami perahu layar tradisional mudah dibentuk dan dihasilkan.
Langkah 1 : Sediakan kertas pada kedudukan segiempat sama, bahagian berwarna yang diingin dibahagian atas.
Langkah 2 : Lipat kertas dengan menemukan bucu bawah kanan kertas ke bucu atas kiri kertas, dan buka semula lipatan itu. Kemudian terbalikkan kertas tersebut.
Langkah 3 : Lipat kertas dengan menemukan sisi kanan kertas ke sisi kiri kertas dan sisi bawah kertas ke sisi atas kertas, kemudian buka lipatan.
Langkah 3 : Buat Valley Fold pada bucu yang ditunjukkan.
Langkah 4 :Tekan bahagian bawah kertas, kemudian tekan setiap sisi kertas ke atas.
Langkah 5 : Lipat bahagian kiri ke bawah.
Langkah 7 : Masukkan bahagian kiri yang dilipat tadi ke bahagian dalam.
Langkah 8 : Buat Valley Fold pada bucu bawah kertas.
Langkah 9 : Terbalikkan kertas tadi dan siaplah perahu layar tradisional anda.
Anda boleh mencuba cara lipatan yang lain dibawah tetapi hasil akhirnya masih berbentuk sama seperti diatas. Selepas langkah 3 diatas, terus ikut langkah seterusnya dibawah.
Langkah 4 : Letakkan bahagian yang telah dilipat pada kedudukan mendatar. Kemudian lipat bucu kanan kertas ke kiri.
Langkah 6 : Temukan semua sisi ke tengah, dengan menekan bahagian tengah ke bawah dan bahagian sisi ke atas.
Langkah 7 : Lipat bahagian bawah kertas ke tengah. Kemudian terbalikkan kertas dan perahu layar anda telah sedia untuk berlayar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan