Mari buat origami musang ini. Mudah dan ringkas sahaja cara untuk membuatnya. Cubalah...
Langkah 1: Mulakan dengan mengambil sehelai kertas segiempat sama. Buat Valley Fold seperti di dalam gambar.
Langkah 2: Temukan bucu bawah kiri dan kanan segitiga ke bucu tengah/atas segitiga, dengan membuat Valley Fold.
Langkah 3: Buat Mountain Fold pada garisan tengah seperti dalam gambar.
Langkah 4: Lipat bahagian kanan model ke kiri kira-kira dalam 1/3 bahagian.
Langkah 5: Buka ke kiri bahagian yang telah dilipat tadi.
Langkah 6: Tekan bahagian tengah untuk membentuk muncung musang.
Langkah 7: Lipat bahagian bucu kiri model untuk membentuk ekor musang.
Model origami musang anda telah siap....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan